Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Facebook kini mempunyai 2 bilion pengguna

Facebook yang dilancarkan kira-kira 13 tahun lalu kini secara rasminya mempunyai 2 bilion pengguna setiap bulan.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg telah mengumumkan pencapaian ini awal pagi tadi dan Facebook mencapai angka 2 bilion selepas mencapai angka 1 bilion pada Oktober 2012.

Setiap hari hampir 150 juta pengguna memberikan reaksi ‘Love’ manakala 800 juta pengguna akan melakukan ‘like’ di Facebook.

Ini bermaksud Facebook telah mempunyai 1 bilion pengguna tambahan didalam masa kurang 5 tahun dan jumlah 3 bilion pengguna mungkin tiba didalam jangka masa yang lebih cepat.

Sempena menhargai sumbangan setiap pengguna Facebook, media sosial ini telah membuat satu video khas yang mana anda boleh menontoninya di https://www.facebook.com/goodaddsup

Facebook juga akan melancarkan beberapa fungsi baru didalam beberapa hari lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.