Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone AR tiba di Malaysia 4 Julai ini

Asus ZenFone AR tiba di Malaysia 4 Julai ini 1

Asus Malaysia secara rasminya telah menghantar jemputan ke majlis pelancaran telefon pintar pertama didunia yang tersedia dengan Google DayDream dan Tango iaitu Asus ZenFone AR.

Asus ZenFore AR yang diperkenalkan di Mobile World Congress pada bulan Mac yang lalu akan tiba ke pasaran tempatan pada 4 Julai ini.

Asus ZenFone AR adalah telefon pintar yang lebih kepada teknologi realiti maya dan merupakan telefon pintar pertama didunia untuk memiliki 8GB RAM iaitu sebelum Nubia Z17 dan OnePlus 5.

Buat masa ini, Asus masih belum mendedahkan sebarang maklumat harga penjualan ZenFone AR di Malaysia namun ianya dijangka akan didedahkan pada hari pelancaran kelak.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.