Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note7 FE mungkin dilancarkan minggu hadapan

Samsung dilaporkan akan mula menawarkan Galaxy Note7 yang baru di pasaran Korea Selatan mulai 7 Julai ini.
Wall Street Journal melaporkan bahawa syarikat gergasi Korea ini akan memperkenalkan Galaxy Note7 yang diperbaharui ini dibawah nama Note FE yang mungkin merujuk kepada Fans Edition (edisi peminat).

Sebagai permulaan, Samsung meletakkan sasaran untuk menjual 400,000 unit Galaxy Note FE di pasaran Korea dan peranti ini akan mempunyai harga penjualan kurang dari KRW 700,000 (RM 2,627).

Selepas menyaksikan penerimaan Galaxy Note FE di Korea, Samsung mungkin akan menawarkan telefon pintar ini di pasaran lain termasuk di Malaysia.

Buat masa ini, Samsung belum memberikan pengesahan samada telefon pintar ini akan dilancarkan minggu hadapan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.