Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ZTE Nubia Z17 diumumkan – Snapdragon 835 dan 8GB RAM


ZTE secara rasminya telah mengumumkan antara telefon pintar pertama didunia untuk memiliki 8GB RAM iaitu Nubia Z17 yang turut hadir dengan pemproses Snapdragon 835

Terus kepada spesifikasi, Nubia Z17 ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci (tanpa bezel) , pemproses Qualcomm Snapdragon 835, bateri berkapasiti 3,200mAh dan pembesar suara Dolby Atmos.

ZTE Nubia Z17 juga hadir dengan kamera kelas atasan iaitu unit kamera berkembar 23MP+12MP yang menawarkan pengguna zoom optik 2x selain zoom digital 10x (sama seperti pada iPhone 7 Plus) .

Z17 juga dilengkapi dengan kamera selfie 16MP yang merupakan unit kamera lensa lebar 80 darjah.

ZTE Nubia Z17 juga hadir dengan 4G LTE, Wi-Fi 802.11 b/g/n/ac, Bluetooth 4.1 LE, GPS, USB Type-C, pensijilan kalis air dan habuk IP67 dan IR Blaster.

ZTE Nubia Z17 ini akan hadir didalam tiga konfigurasi dengan harga penjualan seperti dibawah

6GB RAM/64GB ROM – CNY 2,799 (RM 1,759)
6GB RAM/128GB ROM – CNY 3,399 (RM 2,134)
8GB RAM/128GB ROM – CNY 3,999 (RM 2,513)

ZTE Nubia Z17 akan ditawarkan didalam lima warna menarik iaitu emas, hitam+emas, biru, merah dan hitam ( kesemua warna hadir dengan lingkaran warna merah pada bahagian kamera)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.