Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pemproses Hi-Silicon Kirin 970 dijangka menawarkan binaan 10nm dengan Kepantasan Frekuensi Sehingga 3.0Ghz

Huawei-HiSilicon-KirinPemproses Hi-Silicon Kirin 970 dijangka menawarkan binaan 10nm dengan Kepantasan Frekuensi Sehingga 3.0Ghz

Pada tahun 2017, Huawei dikatakan akan mengeluarkan cip pemprosesan berasaskan rekaan 10nm.

Mengikut info awal, cip pemproses Kirin 970 daripada Huawei turut akan menggunakan binaan 10nm yang bersaiz lebih kecil.

Ia akan menggunakan tenaga bateri dengan lebih efisyen berbanding kebiasaan. Dengan ini, ia berkemungkinan akan menawarkan prestasi yang lebih baik pada penggunaan tenaga lebih rendah. Lebih-lebih lagi, ia turut akan menawarkan kuasa pemprosesan sehingga 3.0GHz.

Tambahan pula, cip Kirin 970 ini dikatakan akan menyokong rangkaian LTE Cat 12 kelak.

Cip Kirin 970 ini berpeluang untuk dilancarkan bersama dengan pelancaran siri telefon pintar Huawei P10 kelak.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.