Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note 7 di Malaysia bakal dimatikan sepenuhnya pada 31 Disember 2016

galaxy-note-7-mati-650x366

Samsung Galaxy Note 7 di Malaysia bakal dimatikan sepenuhnya pada 31 Disember 2016

Sebelum ini, telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 telah ditarik-semula oleh Samsung Malaysia daripada pasaran tempatan.

Pengguna sedia ada mula menggantikan set pengguna sejak beberapa bulan yang lepas. Namun, masih terdapat sejumlah kecil belum menggantikannya.

Kini, Samsung Malaysia mula menghantar notifikasi kepada pengguna Note 7 bahawa peranti mereka tidak lagi boleh digunakan selepas 9 malam, 31 Disember 2016.

Pihak Samsung akan mengehadkan pengecasan kepada hanya 0%, membuatkan pengguna tidak boleh menggunakan telefon pintar mereka berkenaan.

Jika anda masih menggunakan Note 7 sekarang, anda diminta menghubungi Samsung untuk proses tukar-ganti telefon berkenaan.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.