Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelan Pascabayar Celcom dikemaskini: Celcom First Gold Plus diperkenalkan dengan penawaran 40GB pada harga RM98!

161027 Celcom First Postpaid Plan 01Pelan Pascabayar Celcom dikemaskini: Celcom First Gold Plus diperkenalkan dengan penawaran 40GB pada harga RM98!

Celcom telah mengumumkan pelan pascabayar Celcom First yang baharu dikemaskini pada hari ini. Selain daripada pelan Celcom First Gold dan First Platinum, Celcom turut memperkenalkan pelan baru yang dinamakan sebagai First Gold Plus.

Di samping itu, Celcom juga menawarkan penawaran baru dinamakan sebagai AnyDayGB yang membolehkan pengguna menggunakan data pada penghujung minggu pada bila-bila masa.

14813276_1466080926740567_466566834_o-1024x768

Bagi pengguna Celcom First Gold, anda kini boleh menikmati data sebanyak 20GB pada harga RM80 sahaja. Bagi First Gold Plus pula, ia menawarkan 40GB pada harga RM98, manakala First Platinum pula mempunyai data sebanyak 60GB pada harga RM150 sebulan.

MobileFokus ingin mengingati para pengguna bahawa separuh data ditawarkan untuk sepanjang bulan dan separuh lagi hanya terhad untuk hujung minggu sahaja.

14876212_1466080983407228_1947846876_o-1024x768

Jika anda ingin menggunakan semua penawaran data untuk sepanjang bulan, Celcom turut menyediakan sebuah penawaran khusus yang dinamakan sebagai AnyDayGB. Pengguna hanya perlu melanggan kepada AnyDayGB pada harga RM10 sebulan dan terus boleh menggunakan data hujung minggu pada bila-bila masa. Untuk melanggan AnyDayGB ini, pengguna boleh mendail *118#, dan ia hanya ditawarkan untuk pelanggan First Gold dan ke atas.

14796237_1466080990073894_504400307_o-1024x768

Selain daripada itu, Pelan Pascabayar Celcom First ini turut hadir dengan panggilan percuma kepada semua talian tanpa had, WhatsApp dan Wechat tanpa had, dan akses Yonder Music tanpa had.

Semua penaik-tarafan data ini akan ditawarkan bermula bulan November ini untuk pelanggan sedia ada Celcom.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web Celcom.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.