Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Wiko Ufeel Prime akan dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi!

wiko-ufeel-prime-01Wiko Ufeel Prime akan dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi!

Wiko telah memperkenalkan Wiko Ufeel Prime di acara IFA 2016 pada bulan lepas, kini kami telah menerima maklumat dari sumber yang boleh dipercayai yang menyatakan bahawa Wiko Ufeel Prime ini akan ditawarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Wiko Ufeel Prime ini hadir dengan skrin IPS 5 inci paparan HD penuh. Ia dijanakan oleh pemproses Snapdragon lapan teras, memori 4GB RAM dan storan 32GB yang boleh diperluaskan sehingga 64GB melalui kad mikroSD.

Untuk rakaman gambar, ia mempunyai kamera belakang 13 megapixel dan kamera hadapan 8 megapixel yang disokong oleh lampu Flash LED. Ia mempunyai bateri bersaiz 3,000 mAh dan menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshamallow dengan pelancar Wiko UI.

Dengan harga jualan sebanyak €249.99 ( sekitar RM 1,140) untuk pasaran Eropah, Wiko Ufeel Prime ini dijangka akan dijual pada harga kira-kira RM1,000 di pasaran tempatan kelak.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.