Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova melepasi pengesahan SIRIM di Malaysia

huawei-nova-sirim-01Huawei Nova melepasi pengesahan SIRIM di Malaysia

Huawei telah melancarkan siri telefon pintar Huawei Nova di acara IFA 2016 pada bulan lepas. Selepas Huawei Nova Plus dan MediaPad M3 telah dikesan di pangkalan data SIRIM minggu lalu, kini Huawei Nova turut melepasi pengesahan SIRIM di Malaysia.

huawei nova SIRIM

Berdasarkan gambar di atas, kita dapat lihat bahawa Huawei Nova telah melepasi pengesahan SIRIM Malaysia dan ini bermakna Huawei Malaysia akan melancarkan Huawei Nova tidak lama lagi.

Huawei Nova hadir dengan skrin 5 inci dengan paparan resolusi 1080p, ia dijanakan oleh pemproses lapan teras Snapdragon 625 dan dilengkapi dengan memori 3GB RAM serta storan 32GB yang boleh diperluaskan sehingga 128GB melalui kad mikroSD.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 12MP dan kamera hadapan 8 megapixel. Ia juga dilengkapi dengan bateri bersaiz 3,020mAh yang menyokong pengecasan pantas 5V2A dengan menggunakan USB Type-C.

Huawei Nova turut menyokong Dwi SIM dengan sokongan rangkaian 4G LTE Cat 6 dan ia menggunakan pelancar EMUI 4.1 berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

Huawei Nova ini kini dijual di Eropah pada harga runcit € 399 (kira-kira RM 1,849) dan harga runcit untuk pasaran Malaysia belum diketahui lagi buat tempoh masa ini.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.