Kamera berkembar Huawei P9 meletakkanya dihadapan pencabar lain
Kamera berkembar Huawei P9 meletakkanya dihadapan pencabar lain
Huawei P9 merupakan salah satu telefon pintar hangat tahun 2016 yang dikeluarkan oleh Huawei dan telah mula memasuki pasaran pada bulan April. Sebab utama Huawei P9 menjadi tarikan utama pengguna adalah kerana ianya hadir dengan kamera berkembar yang dibangunkan bersama-sama Leica
Apakah yang unik pada lensa kamera Leica yang dimiliki Huawei P9 ini?, menurut jurucakap Huawei, dengan menggunakan satu sensor monokrom dan satu sensor RGB, kamera ini adalah 100% lebih sensitif kepada cahaya berbanding kamera pada telefon pintar lain dan ianya juga turut menawarkan pengambilan gambar mod RAW, kawalan manual dan pemfokusan berasaskan laser.
Ingin mengetahui lebih mendalam mengenai kamera yang dimiliki oleh Huawei P9?, mari kita terokai kemampuan sebenar modul kamera ini dan apakah kedudukan kamera ini berbanding pencabar lain.
Dengan teknologi pemfokusan hibrid, Huawei P9 mampu mengambil gambar pada kelajuan yang tinggi, tepat dan stabil.
Kamera berkembar ini berdasarkan kepada tiga sensor iaitu sensor laser, sensor ‘depth’ dan sensor kecerahan yang mana ini membolehkan setiap gambar yang diambil hadir dengan kualiti yang terbaik.
Fungsi fotografi dengan aperture ini membolehkan pengguna P9 melakukan pelbagai kesan menarik pada gambar mereka, antaranya adalah membuat latar belakang gambar samar dengan fokus diletakkan pada satu objek utama.
Huawei P9 ini hadir dengan algoritma IMAGESmart 5.0 yang telah dibangunkan sendiri oleh Huawei dan ianya dipadan dengan arkitektur kamera berkembar yang membolehkan setiap gambar yang diambil hadir dengan warna dan ketelitian yang sangat baik.
Monokrom sebenar – pilih la yang terbaik untuk anda
Leica yang merupakan gergasi didalam industri kamera mempunyai sejarah didalam bidang fotografi monokrom (gambar hitam putih). Dengan kerjasama Huawei dan Leica pada bulan Februari yang lalu, maka terhasilah Huawei P9 yang hadir dengan satu sensor khas khusus untuk pengambilan gambar monokrom berkualiti tinggi.
Pengambilan gambar didalam mod hitam dan putih ini membolehkan anda melihat sesuatu gambar dari satu sudut yang berbeza tanpa sebarang gangguan warna.
Walaupun gambar hitam putih bukanlah sesuatu yang baru pada telefon pintar, gambar hitam putih ini terhasil dengan penambahan satu lapis hitam putih pada gambar asal dan ini menyebabkan kekurangan kualiti dan perincian.
Pada Huawei P9, ianya hadir dengan sensor monokrom yang eksklusif untuk pengambilan gambar hitam dan putih yang membolehkan anda menikmati gambar monokrom yang lebih baik yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana peranti pintar di pasaran.
Berikut adalah antara gambar-gambar yang diambil melalui Huawei P9
Huawei P9 turut diberikan jolokan sebagai “pembunuh DSLR” kerana kamera peranti ini menawarkan anda kebebasan untuk mengawal pelbagai elemen didalam pengambaran.
Huawei P9 bukan sahaja kompak malah ia mampu menawarkan prestasi pengambilan gambar yang membolehkan anda meninggalkan kamera DSLR yang berat di rumah sahaja.