Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google memperkenalkan dua telefon pintar baru iaitu Pixel dan Pixel XL, harga bermula dari RM2686

Google PixelGoogle memperkenalkan dua telefon pintar baru iaitu Pixel dan Pixel XL, harga bermula dari RM2686

Hari ini, Google secara rasminya telah mengumumkan dua telefon pintar terbaru mereka yang dipanggil Google Pixel dan Pixel XL. Siri Google Pixel ini dibuat secara khusus oleh HTC.

Skrin untuk Google Pixel ini bersaiz 5 inci dengan paparan HD penuh, manakala Pixel XL merupakan peranti yang lebih besar dengan skrin sebesar 5.5 inci dengan paparan Quad HD. Kedua-dua peranti ini menggunakan skrin paparan AMOLED dengan 2.5D Corning Gorilla Glass 4. Mereka mempunyai saiz bateri yang berbeza iaitu 2,770mAh dan 3,450mAh, kedua-dua menyokong pengecasan pantas melalui USB Type-C.

Selain daripada itu, kedua-dua peranti baru Google Pixel ini mempunyai ciri-ciri yang sama seperti dilengkapi pemproses Qualcomm Snapdragon 821, memori 4GB RAM, pengimbas cap jari belakang, menggunakan sistem operasi Android 7.1 Nougat dan lain lain. Google Assistant buat kali pertama terbina dalam peranti Android untuk telefon pintar Google Pixel dan Pixel XL ini.

Untuk kemampuan optik, Google Pixel dan Pixel XL menggunakan kamera belakang 12MP sensor IMX 378 yang datang dengan saiz pixel 1.55μm, f/2.0 aperture serta teknologi Penstabilan Elektronik. Kamera depan pula adalah 8 megapixel sensor IMX179.

Bagi ruangan storan Google Pixel dan Pixel XL ini, mereka mempunyai storan 32GB dan 128GB. Google turut menawarkan ruangan storan tanpa had bagi Google Photo untuk gambar resolusi tinggi.

Google Pixel XL

Harga Google Pixel ini bermula dari USD649 (kira-kira RM 2,686) untuk storan 32GB, manakala versi 128GB dijual pada harga USD769 (sekitar RM 3,183). Pixel XL pula akan dijual pada harga USD769 (kira-kira RM 3,183) untuk versi 32GB dan USD869 (kira-kira RM 3,597) untuk versi 128GB.

Dua peranti boleh didapati dalam pilihan warna Quite Black, Very Silver dan Really Blue. Pra-tempahan bermula untuk pasaran UK, Amerika Syarikat, Australia, Kanada dan Jerman.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.