Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia X Compact akan dijual di pasaran Malaysia pada harga runcit RM1999

sony-xperia-x-compactSony Xperia X Compact akan dijual di pasaran Malaysia pada harga runcit RM1999

Sony Malaysia telah melancarkan dua telefon pintar untuk pasaran Malaysia pada hari ini, iaitu Xperia XZ yang berspesifikasi tinggi dan Xperia X Compact yang bersaiz kecil serta berspesifkasi pertengahan.

Xperia X Compact ini akan dijual di pasaran tempatan pada harga runcit RM1,999.

Dari segi spesifikasi, Sony Xperia X Compact ini hadir dengan skrin IPS 4.6 inci paparan 1280 x 720 pixel, dijana oleh pemproses Snapdragon 650. Ia juga dilengkapi memori 3GB RAM dan storan 32GB.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 23MP dengan sensor Exmor RS dan kamera depan 5MP.

Bateri Xperia X Compact ini bersaiz 2,700 mAh dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0. Ia juga hadir dengan sokongan pengimbas cap jari dan USB Type-C. Ia menyokong satu SIM dengan rangkaian 4G LTE Cat. 6.

SUMBER RUJUKAN

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.