Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga runcit Honor 7 dan 7 Enhanced kini dikurangkan sebanyak RM200!

huawei-honor-7-banner

Harga runcit Honor 7 dan 7 Enhanced kini dikurangkan sebanyak RM200!

Selepas setahun dilancarkan di pasaran tempatan, Honor 7 dan Honor 7 Enhanced yang sebelum ini disenaraikan sebagai telefon pintar utama Honor kini telah diambil alih oleh Honor 8 yang baru dilancarkan di Malaysia.

Honor 7 dan Honor 7E kini diselaraskan untuk menjadikannya lebih mampu milik. Harga runcit Honor 7 sekarang dijual pada RM 1199, manakala Honor 7E pula adalah RM 1299.

Kedua-dua model Honor 7 ini dikurangkan sebanyak RM200 dan harga runci baru ini berkuat kuasa mulai 26 September dengan pembelian menerusi Vmall Malaysia ataupun jualan runcit.

Jika anda ingin membeli telefon pintar berspesifikasi tinggi dengan harga runcit yang lebih mampu milik, Honor 7 dan Honor 7E merupakan pilihan yang baik.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.