Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 8 boleh didapati di pasaran Malaysia hari ini, harga bermula dari RM1699!

honor-8-launch-malaysia-003Honor 8 boleh didapati di pasaran Malaysia hari ini, harga bermula dari RM1699!

Honor Malaysia telah melancarkan telefon pintar utamanya iaitu Honor 8 di Malaysia pada 6 September. Peranti ini akan dijual di pasaran tempatan dengan harga runcit dari RM 1,699.

Honor 8 hadir dengan skrin 5.2 inci paparan resolusi 1080p yang dilindungi oleh kaca 2.5D. Peranti ini dijanakan oleh pemproses lapan teras Kirin 950 dan memori 4GB RAM serta ruangan storan 32GB atau 64GB yang boleh diperluaskan melalui kad mikroSD sehingga 128 GB.

honor-8-launch-malaysia-002

Untuk rakaman gambar, Honor 8 menggunakan dwi kamera utama 12MP dengan sensor Sony IMX286 di bahagian belakang. Kamera hadapan Honor 8 adalah 8MP yang sesuai untuk selfie.

Peranti ini juga datang dengan sokongan pengimbas cap jari 3D pada panel belakang. Pengimbas cap jari 3D ini bukan sahaja boleh ditekan, ia juga boleh digunakan sebagai smartkey. Bateri peranti ini berkapasiti 3,000 mAh, ia disokong oleh pengecasan pantas melalui USB Type-C.

Honor 8 akan menggunakan pelancar EMUI 4.1 berasaskan Android 6.0 Marshmallow untuk sistem operasinya. Telefon pintar Honor yang terbaru ini akan dijual di pasaran Malaysia bermula dari 8 September!

honor 8 Malaysia

Untuk versi 32GB, Honor 8 terdapat dalam pilihan warna putih dan hitam. Ia akan dijual pada harga runcit RM1,699.

Bagi mereka yang ingin menggunakan storan yang lebih besar, versi 64GB yang terdapat dalam pilihan warna sapphire biru dan emas dengan harga runcit RM1,899.

Honor Malaysia turut ditawarkan melalui Lazada, SenQ dan juga laman Honor sendiri di VMall.MY. Anda juga boleh mendapatkan hadiah percuma bernilai sebanyak RM500 ketika membeli Honor 8 pada hari ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Vmall Malaysia.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.