Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 3S dilancarkan di Malaysia pada harga runcit dari RM599, pra-tempahan bermula dari 17 September

Xiaomi-Redmi-3SXiaomi Redmi 3S dilancarkan di Malaysia pada harga runcit dari RM599, pra-tempahan bermula dari 17 September

Hari ini, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan bahawa Redmi 3S secara rasminya tiba di pasaran Malaysia dengan harga runcit bermula dari RM 599.

xiaomi-redmi-3s-04

Xiaomi Redmi 3S hadir dengan rekaan badan berasaskan logam. Ia dilengkapi dengan skrin 5 inci paparan HD dan dijanakan oleh pemproses Snapdragon 430.

Peranti ini mempunyai dua variasi: Salah satu denganmemori 2GB RAM dan storan 16GB, manakala versi yang lain adalah 3GB RAM dan storan 32GB. Ruangan storan kedua-dua versi ini boleh diperluaskan melalui kad mikroSD sehingga 128GB.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 13MP dengan sokongan PDAF dan 5MP untuk kamera hadapan. Bateri Redmi 3S ini berkapasiti 4100 mAh. Ia turut datang dengan sokongan pengimbas cap jari dan 4G dwi-SIM yang menyokong rangkaian 4G LTE.

Harga runcit untuk versi 2GB RAM adalah RM599, manakala versi 3GB RAM berharga RM 699. Versi 2GB RAM boleh dipra-tempah dari 17 September di Lazada. Kedua-dua peranti boleh didapati di pasaran Malaysia pada 24 September.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.