Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Wiko Jerry diperkenalkan di Malaysia pada harga runcit RM299

wiko-jerry-01Wiko Jerry diperkenalkan di Malaysia pada harga runcit RM299

Wiko Jerry telah dilancarkan oleh Wiko Mobile di pasaran Malaysia dengan harga runcit yang murah iaitu RM 299.

Wiko Jerry hadir dengan skrin IPS 5 inci, dijanakan oleh pemproses empat teras 1.3GHz, memori 1GB RAM dan ruangan storan 8GB yang dapat diperluaskan sebesar 64GB.

Untuk rakaman gambar, Wiko Jerry ini menggunakan kamera belakang 5 megapixel dan kamera hadapan 2 megapixel. Bateri peranti ini bersaiz 2,000 mAh dan ia dilengkapi dengan dwi SIM dengan sokongan rangkaian 3G.

Telefon pintar ini menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow. Ia datang dalam dua pilihan warna iaitu bleen silver dan black space grey. Wiko Jerry merupakan telefon pintar bajet rendah yang hadir dengan sistem operasi Android 6.0 yang boleh didapati pada harga runcit RM 299 di pasaran tempatan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.