Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei memperkenalkan Nova dan Nova Plus dengan harga runcit bermula dari RM1832!

Huawei-NovaHuawei memperkenalkan Nova dan Nova Plus dengan harga runcit bermula dari RM1832!

Hari ini, Huawei telah memperkenalkan dua peranti berspesifikasi pertengahan di acara IFA 2016 iaitu Huawei Nova dan juga Huawei Nova Plus.

Huawei Nova ini membawakan rekaan yang seumpama dengan Google Nexus 6P yang juga dikeluarkan oleh Huawei.

Huawei NOVA

Huawei Nova hadir dengan skrin bersaiz 5 inci dengan paparan HD penuh. Ia dijanakan oleh pemproses Snapdragon 625 2.0GHz, memori sehingga 3GB RAM, ruangan storan 32GB dan bateri berkapasiti 3020mAh. Ia juga disertakan slot kad mikroSD yang boleh meperluaskan storan sebesar 128GB.

 

Huawei NOVA

Huawei menyertakan beberapa fungsi tambahan kepada siri Nova ini termasuk kebolehan untuk mengawal cahaya biru melalui fungsi yang dipanggil sebagai Eye Protection Mode.

Huawei NOVA

Di samping itu, Huawei Nova ini hadir dengan pengimbas cap jari pada bahagian belakang, menggunakan pengecas berasaskan USB Type-C, dan dilengkapi sokongan audio DTS Headphone X. Ia juga menyokong dwi-SIM hibrid yang datang dengan sokongan pelbagai rangkaian 4G LTE seluruh dunia.

Kemampuan optik Huawei Nova ini adalah kamera belakang 12-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Huawei NOVA Plus

Huawei Nova Plus pula dilengkapi skrin 5.5-inci dengan paparan resolusi 1080p, bateri bersaiz 3340mAh, dan kamera belakang 16-megapixel.

Ciri ciri lain seperti pengimbas cap jari, Android 6.0 Marshmallow dan lain-lain adalah sama dengan Huawei Nova.

Huawei Nova akan dijual pada harga 400 Euros (sekitar RM1,832), manakala Nova Plus akan berharga 430 Euros (sekitar RM1,969) untuk pasaran Eropah. Ia dijadual boleh didapati bermula bulan Oktober kelak di lebih 50 buah negara.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.