Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Android 7.0 Nougat mula disebarkan: LG V20 peranti pertama menerima Android 7.0!

android-nougat-01-1024x711

Android 7.0 Nougat mula disebarkan: LG V20 peranti pertama menerima Android 7.0!

Google mula menyebarkan sistem operasi terbaru Android iaitu Android 7.0 Nougat kepada pengguna terutamanya peranti Google Nexus.

Peranti yang ditawarkan naik taraf OTA Android yang terbaru ini adalah seperti yang berikut:

  • Nexus 6
  • Nexus 5X
  • Nexus 6P
  • Nexus 9
  • Nexus Player
  • Pixel C
  • Android One

Pembaharuan Android 7.0 ini kira besar kerana terdapat lebih daripada 250 benda yang telah naik taraf. Antaranya adalah API penjana 3D yang baru iaitu VulkanTM. Ia membolehkan permainan mudah alih mencapai tahap grafik yang lebih tinggi berbanding sedia ada. Daydream pula adalah gerbang VR yang dibangunkan Google untuk menghimpunkan pelbagai produk VR.

lg-v11-sluhi

Selain daripada peranti Nexus, telefon pintar LG V20 menjadi peranti pertama daripada pengeluar lain yang bakal mendukung Android Nougat.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.