Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung bakal memperkenalkan program jualan telefon pintar utama terpakai

samsung-galaxy-note-7Samsung bakal memperkenalkan program jualan telefon pintar utama terpakai

Membeli telefon pintar terpakai adalah antara cara yang paling menjimatkan wang untuk menganti peranti utama. Biasanya, setiap pembelian telefon pintar akan mengalami kejatuhan nilai sebanyak 30% selepas beberapa bulan.

Samsung dikatakan akan memperkenalkan satu program untuk menjual peranti utama mereka yang sudah terpakai kepada pengguna di Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Peranti utama seperti Galaxy S7 Edge akan dijual pada harga yang lebih berpatutan dengan sekitar 50% dari harga biasa melalui program ini.

Selepas peranti terpakai dipulangkan dan diperbaiki oleh Samsung, peranti ini akan dijual sebagai sebahagian pakej kemas kini bagi mereka yang memiliki kontrak dengan peranti utama generasi lama.

Adakah anda akan beli telefon pintar utama terpakai Samsung kelak?

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.