Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate S2 disenaraikan dalam pangkalan data TENAA

Huawei Mate S2 disenaraikan dalam pangkalan data TENAA 1

mate s2Huawei Mate S2 disenaraikan dalam pangkalan data TENAA

Huawei dijangka akan melancarkan siri Mate S yang terbaru di China tidak lama lagi dengan nama Huawei Mate S2. Peranti ini baharu dikesan di dalam pangkalan data TENAA di China kelmarin.

Berdasarkan gambar daripada TENAA, telefon pintar Huawei baru ini mempunyai rekaan badan yang lebih kurang sama dengan bahagian belakang Google Nexus 6P. Di panel belakangnya dilengkapi dengan pengimbas cap jari, badan logam serta logo Huawei.

Sebelum ini, MobileFokus telah melaporkan terdapat satu telefon pintar dikesan di dalam pangkalan data GFXBench menunjukkan telefon pintar Huawei terbaru akan menggunakan skrin 5.9 inci, pemproses Kirin 960 serta dengan memori 4GB RAM, kamera belakang 16MP dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.