Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ZTE Small Fresh 4 dilancarkan di China dengan harga runcit RM650

ZTE-Small-Fresh-4ZTE Small Fresh 4 dilancarkan di China dengan harga runcit RM650

ZTE telah melancarkan ZTE Small Fresh 4 di China. Ia dilengkapi skrin 5.2-inci paparan HD penuh dengan resolusi 1920 x 1080 pixel serta kaca 2.5D. Peranti ini dijanakan oleh cip pemprosesan MediaTek MT6753 lapan teras dengan GPU Mali T720.

Memori Small Fresh 4 ialah 2GB RAM dan ruangan storan 16GB yang dapat diperluaskan melalui slot kad MikroSD. Ia menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dengan pelancar MiFavor 3.5 UI.

Untuk rakaman gambar, ia dilengkapi dengan kamera belakang 13-megapixel dengan dwi-tone LED flash dan ciri PDAF boleh fokus dalam 0.1 saat sahaja. Ia juga datang dengan kamera hadapan 5 megapixel dengan 160 darjah kanta sudut lebar.

Telefon pintar baru ZTE ini turu hadir dengan hibrid dwi-SIM yang menyokong rangkaian 4G LTE, Wi-Fi, Bluetooth, GPS, microUSB 2.0 port dan lain-lain. Ia juga dilengkapi dengan pengimbas cap jari di panel belakang yang boleh menyahkunci peranti dalam hanya 0.3 saat. Bateri Small Fresh 4 ini berkapasiti 2540 mAh.

Pilihan warna peranti ini termasuk emas, perak dan ros emas. ZTE Small Fresh 4 ini dijual pada harga runcit CNY1,090 (sekitar RM650) di China.

SUMBER

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.