Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Maimang 5 dilancarkan dengan menawarkan Snapdragon 625 dan kamera 16-megapixel dengan sokongan OIS

Huawei Maimang 5 dilancarkan dengan menawarkan Snapdragon 625 dan kamera 16-megapixel dengan sokongan OIS 1

Screen-Shot-2016-07-14-at-7.26.17-PM

Huawei Maimang 5 dilancarkan dengan menawarkan Snapdragon 625 dan kamera 16-megapixel dengan sokongan OIS

Hari ini, Huawei telah secara rasminya memperkenalkan peranti terbaru di China iaitu Huawei Maimang 5 yang menawarkan pemproses Snapdragon 625 dan 16MP kamera belakang diperbuat dari Sony.

Huawei Maimang 5 mempunyai unibody logam dengan pengukuran ketebalan badan adalah 7.3mm dan beratnya 167 gram. Ia mempunyai skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080p HD penuh dengan kaca 2.5D.

Screen-Shot-2016-07-14-at-7.26.56-PM

Peranti ini menggunakan pemproses 2.0 GHz lapan teras Qualcomm Snapdragon 625. Pilihan memorinya terdiri daripada dua varian iaitu 3GB RAM/32 GB storan dan 4GB/64 GB storan.

Telefon juga dilengkapi dengan kamera yang kuat di belakang iaitu 16-megapixel Sony IMX298 yang dapat terlihat di dalam OPPO R9 Plus dengan tiga paksi OIS, dwi-LED Flash, kanta 6P, teknologi PDAF dan AutoFokus hibrid. Kamera hadapan adalah 8 megapixel.Screen-Shot-2016-07-14-at-7.26.27-PM

Bateri peranti ini berkapasiti 3,340mAh. Huawei menyatakan bahawa bateri Maimang 5 boleh tahan tempoh masa sepanjang 15 jam untuk main video HD, 18 jam akses internet 4G yang berterusan dan 82 jam main muzik berterusan.

Selain itu, ia juga datang dengan pengimbas cap jari 3D di belakang. aimang 5 menggunakan sistem operasi Android terbaru 6.0 Marshmallow dengan antaramuka EMUI 4.1. Ciri-ciri lain termasuk dwi SIM yang menyokong rangkaian 4G LTE, dan USB Type-C.

Huawei Maimang 5 versi 3GB RAM itu datang dengan harga runcit CNY2,399 (sekitar RM1,440), malah versi 4GB RAM pula berharga CNY2,599 (sekitar RM1,556).

SUMBER

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.