Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

360 melancarkan N4S yang dijanakan Helio X 20, harga runci bermula dari RM710!

360-N4S

360 melancarkan N4S yang dijanakan Helio X 20, harga runci bermula dari RM710!

360 telah melancarkan N4S di China. N4S merupakan model upgrade dari 360 N4, badan peranti ini diperbuat daripada logam dan pengimbas cap jari pada panel belakang.

Peranti ini dijanakan oleh cip pemprosesan MediaTek Helio X20 dan mempunyai memori 4GB RAM. Ruangan storan pula ada pilihan antara 32 GB, 64 GB, dan 128 GB varian yang turut menyokong kad MikroSD sebesar 128 GB.

Dari segi paparan, ia mempunyai skrin 5.5-inci dengan paparan HD penuh serta kaca 2.5D. Untuk rakaman gambar, kamera belakang N4S datang dengan 16MP f2.0 dan teknologi PDAF, manakala kamera hadapan pula ialah 8MP f/2.0.

N4S menggunakan sistem operasi 360 2.0 OS yang berasaskan Android 6.0 Marshmallow. Ia turut hadir dengan sokongan Infrared untuk mengawal pelbagai peralatan elektronik di rumah.

Bateri peranti ini berkapasiti 5,000mAh yang datang dengan sokongan pengecasan pantas 9V1.5A. Di samping itu, 360 N4S juga mempunyai dwi-SIM yang menyokong rangkaian 4G LTE.

360-N4S-color

Ia datang dengan warna pilihan seperti emas, emas ros dan kelabu, harga runcit 360 N4S ini adalah CNY 1,199 (sekitar RM710) bagi model storan 32GB, ia akan dijual di pasaran China secara rasmi pada Julai 20.

SUMBER RUJUKAN

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.