Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ZTE melancarkan Nubia N1 di China

ZTE melancarkan Nubia N1 di China 1

Nubia N1-02ZTE melancarkan Nubia N1 di China

ZTE memperkenalkan telefon pintar phablet tersendiri yang di pasaran China. Ciri-ciri utama Nubia N1 ini adalah ia menggunakan bateri berkapasiti sebesar 5,000mAh.

Dari segi spesifikasi, peranti ini hadir dengan skrin paparan 5.5-inci HD penuh yang dilindungi Gorilla Glass 3 dan ia dijanakan oleh cip pemprosesan Mediatek P10. Ia mempunyai memori 3GB RAM dan ruangan storan dalaman 64GB.

Nubia N1-03

Kemampuan optik peranti ini ialah kamera belakang 13-megapixel f/2.2 yang menyokong teknologi PDAF, tempoh fokus 0.2 saat, teknologi pengurangan bunyi bising 3D serta LED flash, kamera hadapan pula mempunyai 13-megapixel.

Sistem operasi Nubia N1 ini menggunakan Android Marshmallow dengan pelancar nubia UI 4. Ia disertakan dengan pengimbas cap jari pantas di panel belakang yang dapat menyahkunci peranti dalam 0.2 saat sahaja.

Ciri-ciri yang turut hadir dengan peranti ini adalah 4G LTE dengan VoLTE, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac (2.4 / 5GHz), Bluetooth 4.1, GPS + GLONASS, USB Type-C dan NFC.

Nubia N1-

Nubia N1 ini yang dilengkapi dengan ciri-ciri yang mantap seperti bateri 5000mAh, dengan kamera belakang 13MP yang lebih berkuasa, harga jualan ia ditetapkan pada CNY1,699  (iaitu RM1,019) agak berpatutan. Warna pilihan yang sedia ada pada Nubia N1 ini ialah warna emas dan perak.

SUMBER RUJUKAN GIZMOCHINA

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.