Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 8 bakal diperkenalkan di Shanghai pada Julai 11

Honor 8 bakal diperkenalkan di Shanghai pada Julai 11 1

honor  8
Honor 8 bakal diperkenalkan di Shanghai pada Julai 11

Honor 8 merupakan peranti perdana baru Honor yang bakal dilancarkan selepas dimaklumkan daripada poster Honor China bahawa pelancaran rasmi Honor 8 akan diadakan di Shanghai pada Julai 11.

Beberapa hari yang lalu, Honor 8 baru menerima pengesahan di TENAA China. Rekaan peranti ini nampak lebih cantik berbanding dengan peranti Honor yang lain sebelum ini. Ciri-ciri utama yang terlihat di Honor 8 adalah dwi-kamera belakang seperti Honor V8 serta pengimbas cap jari yang terletak pada bahagian belakang juga.

honor8-tenaa-650x434

Honor 8 menggunakan nama kod Faraday dengan model FRD-TL10 dan FRD-AL00. Dari segi spesifikasi, Honor 8 akan hadir dengan skrin 5.2-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan Kirin 950, memori sehingga 4GB RAM, dan storan simpanan dalaman bermula dari 32GB. Ia turut dilengkapi dwi-kamera belakang 12-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel. Bateri Honor 8 dikatakan akan berkapasiti 3,000 mAh.

SUMBER RUJUKAN: GIZMOCHINA

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.