Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Neffos C5 Max dilancarkan di pasaran Malaysia dengan harga RM699

neffos c5 launch malaysia 01

Neffos C5 Max dilancarkan di pasaran Malaysia dengan harga RM699

Pada bulan Mac yang lalu, TP-Link telah melancarkan dua telefon pintar di pasaran Malaysia. Kini, TP-Link memperkenalkan satu lagi peranti baru di pasaran tempatan iaitu Neffos C5 Max yang mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi berbanding dengan Neffos C5 dan C5L.

 

neffos c5 launch malaysia 02

Neffos C5 Max ini hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan MediaTek MT6753, memori 2GB RAM dan ruangan storan bersaiz 16GB. Bateri peranti ini berkapasiti 3,045 mAh.

neffos c5 launch malaysia 03

Ia disertakan dengan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Neffos C5 Max menggunakan sistem operasi Android 5.1 Lollipop dengan antaramuka tersendiri.

Neffos C5 Max yang mempunyai warna putih dan kelabu boleh didapati di 11street dengan harga RM699. 50 pembeli utama Neffos C5 Max akan menerima pembesar suara dengan sokongan Bluetooth (bernilai RM159) secara percuma.

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.