Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Gear Fit2 dan Gear IconX diumumkan secara rasmi

featured-gear-fit-2

Samsung secara rasminya telah melancarkan generasi kedua jam pintar kesihatan iaitu Gear Fit2.

Gear Fit2 ini hadir dengan skrin paparan yang lebih besar, sokongan GPS dan tali berasaskan getah yang lebih lembut.

Samsung Gear Fit2 ini hadir dengan skrin paparan super AMOLED ( melengkung) berukuran 1.5-inci, pemproses Dual-core 1GHz, 512MB RAM , memori simpanan dalaman 4GB , bateri berkapasiti 200mAh dan pensijilan kalis air dan habuk IP68.

Seperti kesemua jam pintar terbaru Samsung, Gear Fit2 ini juga hadir dengan sistem operasi TizenOS dan ianya akan ditawarkan didalam dua saiz dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan merah jambu.

Samsung Gear Fit2 akan mula memasuki pasaran pada 10 Jun ini dengan harga penjualan $179 (RM 741).

Samsung-Gear-Icon-X-06-720x480

Selain Gear Fit2, Samsung turut mengumumkan pelancaran Gear IconX yang merupakan peranti Bluetooth tanpa wayar yang dipasangkan pada telinga.

Gear IconX ini juga mempunyai kebolehan untuk merekodkan data kesihatan seperti , jarak anda berjalan, kelajuan, tempoh , degupan jantung dan pembakaran kalori. Selain itu, kesemua data ini juga akan dihantar ke aplikasi Samsung S Health.

Selain itu, Gear IconX juga akan memberikan panduan suara mengenai status aktiviti kesihatan anda selain pengalaman muzik yang mana muzik ini disimpan pada 4GB memori simpanan dalaman ( mampu menyimpan 1,000 fail Mp3).

Peranti Gear IconX ini juga mempunyai satu butang kapasitif yang boleh digunakan untuk mengawal muzik. Gear IconX ini mempunyai bateri berkapasiti 47mAh dan pada pad pengecasan peranti ini terdapat satu lagi bateri yang mempunyai kapasiti 315mAh.

Gear IconX ini juga hadir didalam tiga warna iaitu hitam, biru dan putih

Gear IconX ini akan mempunyai harga penjualan $199 dan akan mula memasuki pasaran pada suku ketiga 2016.

Kedua-dua peranti ini boleh digunakan bersama-sama peranti Android yang mempunyai sistem operasi Android 4.4 dan ke atas ( mempunyai 1.5GB RAM dan ke atas).

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.