Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lebih banyak Gambar OnePlus 3 mula tersebar

oneplus 3-3

Telefon pintar “flagship killer 2017” daripada OnePlus iaitu OnePlus 3 dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi dan selepas sebelum ini terdapat beberapa gambar telefon pintar ini tersebar, kini lebih banyak gambar telefon pintar ini mula menghiasi kebanyakkan laman teknologi.

OnePlus 3 ini dikatakan mempunyai reka bentuk yang hampir sama seperti Meizu Pro 6 pada panel hadapan manakala panel belakang telefon pintar ini dilihat sama seperti HTC 10.

Gambar-gambar baru ini memberikan kita pandangan bawah OnePlus 3 ini dan kesemua slot akan diletakkan pada bahagian bawah ( slot 3.5mm dan slot USB Type-C) selain gril pembesar suara.

pada bahagian sisi telefon, terdapat satu butang yang mungkin berfungsi sebagai butang notifikasi manakala pada sisi yang lagi satu ianya mungkin memiliki butang kuasa dan butang suara.

Bercakap mengenai spesifikasi, OnePlus 3 dijangka akan hadir denganĀ  pemproses Qualcomm Snapdragon 820, dua kapasiti RAM dan ROM iaitu 4GB RAM/32GB ROM dan 6GB RAM dan 64GB ROM.

Selain itu, OnePlus 3 juga dijangka akan memiliki kamera utama 16MP, kamera selfie 8MP , bateri berkapasiti 3500mAh , Android Marshmallow dan sistem operasi Oxygen OS ( Hydrogen OS bagi pasaran China).

OnePlus 3 ini dilaporkan akanĀ  dilancarkan pada 18 Mei ini sebelum penjualan bermula pada bulan Jun melalui mekanisma pembelian secara jemputan.

sumber

oneplus 3-5 oneplus 3-6 oneplus 3-1 oneplus 3-2 oneplus 3-4

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.