Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sertai Peraduan ‘honor X Power’ dan memenangi percutian ke Hollywood

honor-xpower-x-men

Filem X-Men adalah antara filem yang ditunggu-tunggu tahun ini dan dengan kerjasama global Honor bersama-sama filem X-Men ‘Apocalypse’ anda kini berpeluang memenangi banyak hadiah menarik selain hadiah utama percutian ke Hollywood.

Mulai 29 April sehingga 31 Mei 2016 ( 11.59 malam), peminat Honor berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM 3 juta melalui peraduan cabutan bertuah ‘honor X Power’.

Antara hadiah yang boleh dimenangi melalui peraduan ‘honor X Power’  percutian yang ditanggung sepenuhnya untuk 2 orang ke Holllywood, California + beg bagasi X-Men, aksesori jenama X-Men dan juga bauchar Vmall RM 30.

honor-xpower-x-men-1

Untuk menyertai peraduan ‘honor X Power’ ini anda hanya perlu melakukan langkah-langkah berikut :

  1. Beli mana-mana peranti Honor (honor 7, honor 6 Plus, honor 7 Enhanced, honor 5x, honor 4X, honor 4C atau honor band Z1)
  2. Log masuk ke laman promosi honor X Power di pautan ini (https://www.vmall.my/honor-x-power_promotion/sale).
  3. Tekan butang daftar melalui Facebook
  4. Masukkan nombor IMEI atau nombor siri peranti Honor yang dibeli
  5. Jawab satu soalan mudah untuk melayakkan anda menyertai putaran bertuah
  6. Tekan butang ‘spin the wheel’ untuk memenangi hadiah sampingan dengan menerima kod penebusan unik.

Selepas peraduan ini tamat, para peserta akan turut mempunyai peluang memenangi hadiah utama diamana pemenang hadiah utama ini akan dipilih secara rawak. Pastikan anda sentiasa berdampingan dengan telefon pintar anda selepas 31 Mei kerana honor akan membuat panggilan ( hanya 3 deringan) sebelum honor beralih kepada pemenang bertuah seterusnya.

 

Peraduan ‘honor X Power’ ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Honor Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.