Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note 6 akan hadir dengan 6GB RAM dan USB Type-C

samsung-galaxy-note-6-malaysia

Kita sudah memasuki bulan Mei dan ini bermaksud kini hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi  sebelum Samsung Galaxy Note 6 dilancarkan.

Seperti biasa, khabar angin bagi telefon pintar Samsung Galaxy Note 6 ini sudah mula tersebar.

Laporan terbaru mengatakan Samsung Galaxy Note 6 akan menjadi telefon pintar Samsung pertama untuk hadir dengan slot USB Type-C iaitu menggantikan slot microUSD.

Selain itu, dengan pelancaran Samsung Galaxy Note 6 dengan slot USB Type-C, syarikat Korea ini juga terpaksa memperkenalkan satu unit Gear VR yang baru kerana Gear VR yang kini berada dipasaran hanya hadir dengan sokongan bagi slot microUSB.

Selain itu, Samsung Galaxy Note 6 ini juga dijangka akan hadir dengan skrin paparan Super AMOLED QHD berukuran 5.8-inci, 6GB RAM , pemproses generasi baru daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 823, kamera 12MP yang digunakan pada Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge ( namun dengan kemaksini tambahan) dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Selain itu, Samsung Galaxy Note 6 ini juga dilaporkan akan menjadi telefon pintar siri Note pertam untuk hadir dengan pensijilan kalis air dan habuk IP68.

Samsung Galaxy Note 6 ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi sekitar bulan September 2016 iaitu di IFA yang akan berlangsung di Berlin, Jerman.

pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini dunia telefon pintar bersama kami di MobileFokus.

 

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.