Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 3 dikesan dengan 6GB RAM dan pemproses SD 820

oneplus 3

Telefon pintar OnePlus 3 yang akan dilancarkan oleh syarikat OnePlus tahun ini dilihat telah dikesan di laman ujian Geekbench yang memberikan kita sedikit sebanyak maklumat spefiikasi yang dimiliki oleh telefon pintar yang akan mendapat gelaran “flagship killer 2017”.

Walaupun berjaya menjual lebih banyak unit OnePlus 2, generasi kedua telefon pintar OnePlus ini dlihat tidak berjaya menambat hati pengguna dan OnePlus 3 mesti hadir dengan sesuatu yang mampu mengembalikan maruah syarikat ini.

Telefon pintar OnePlus dengan kodnama A3000 RAIN RAIN yang dikesan di GeekBench dilihat hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820, 6GB RAM dan sistem operasi Android 6.0.1 Marshmallow.

Seperti yang didedahkan ujian ini, OnePlus A3000 berjaya mencapai 2266 mata pada ujian satu teras manakala ujian beberapa teras memberikan ianya 5012 mata.

Selain itu, laporan ini turut memberikan kita maklumat bahawa syarikat OnePlus ini akan melancarkan telefon pintar “flagship killer 2017” ini pada 18 Mei dengan penjualan rasmi akan bermula pada bulan Jun ( sudah pastinya melalui mekanisma sistem jemputan).

Bercakap mengenai harga, OnePlus 3 ini dilaporkan akan hadir dengan harga penjualan CNY 2,499 (RM 1,511) iaitu bagi versi 6GB RAM/64GB ROM. Selain itu, OnePlus 3 juga dilihat akan hadir didalam satu lagi versi yang memiliki 3GB RAM/32GB ROM dan model ini akan mempunyai harga penjualan CNY 2,299 (RM 1,390).

sumber

oneplus-3-geekbench

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.