Leagoo Shark 1 akan hadir dengan bateri berkapasiti 6,300mAh
Leagoo dijangka akan melancarkan telefon pintar dengan kapasiti bateri terbesar didunia ke pasaran Malaysia minggu ini.
Leagoo Shark 1 yang akan memiliki bateri berkapasiti 6,300mAh akan dilancarkan secara rasmi pada 27 April dengan harga penjualan masih belum diumumkan.
Leagoo Shark 1 ini hadir dengan reka bentuk yang nipis walaupun mempunyai kapasiti bateri yang tinggi iaitu hanya 8.5mm.
Leagoo Shark 1 ini juga hadir dengan skirn paparan 1080p berukuran 6.0-inci yang dikilangkan oleh LG , pemproses octa-core 1.3GHz , 3GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.
Selain itu, Leagoo Shark 1 ini juga memiliki kamera 13MP sensor BSI Sony , kamera selfie 5MP , sensor Infra-Merah (IR) yang boleh digunakan sebagai alat kawalan peralatan elektronik , slot microSD ( maksima 64GB ) dan Leagoo OS 2.1 yang berasakan Android 5.1 Lollipop.
Bercakap mengenai bateri Leagoo Shark 1 ini, ianya adalah bateri yang turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas LGQC 3.0 yang membolehkan satu pengecasan penuh bateri ini boleh dilakukan didalam masa hanya 3 jam manakala pengecasan selama 30 minit mampu memberikan satu hari pengunaan.
Selain itu, Leagoo Shark 1 ini juga hadir dengan sensor capjari generasi baru Fingerprint ID 3.0 yang mempunyai sensor pengesan 360 darjah.
Leagoo Shark 1 ini akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam , putih dan emas.
Maklumat harga akan kami laporkan didalam masa 2 hari sahaja lagi