Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Perkhimatan Jalur Lebar WEBE kini sedang diuji – kelajuan sehingga 10Mbps

webe-01-576x1024

WEBE merupakan sensasi baru didalam industri jalur lebar selepas berita bahawa syarikat yang sebelum ini dikenali sebagai P1 akan menawarkan pelan internet bulanan dengan bayaran serendah RM 10.60 dan turut mungkin menawarkan pelan Unlimited dengan bayaran sekitar RM 80 sebulan.

Sebelum WEBE memasuki pasaran, syarikat ini telah memilih beberapa pengguna untuk mencuba pelan yang ditawarkan oleh WEBE untuk masa yang terhad.

webe-02-576x1024

Kumpulan pertama pengguna pelan internet WEBE adalah pekerja TM dan ini adalah kerana Telekom Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan Celcom yang membolehkan Webe menggunakan rangkaian 3G Celcom di seluruh negara. Kita juga dengan jelan boleh melihat bahawa pada kad SIM WEBE terdapat logo TM selain tulisan yang mengatakan WEBE adalah syarikat yang dimiliki oleh TM.

Kita boleh melihat maklumat ujian kelajuan 4G LTE yang ditawarkan WEBE ini dan ianya hadir dengan kelajuan sekitar 10Mbps bagi muat turun dan muat naik namun kami tidak dapat memastikan samada kelajuan ini akan kekal seperti pada ujian ini.

Akhir sekali, bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai WEBE ini, ianya dijangka akan menawarkan satu pelan paling murah dipasaran iaitu dengan bayaran RM 10.60 anda akan memperoleh 20GB kuota internet , 1000 minit panggilan dan 1000 SMS.

Buat masa ini kita masih belum ada maklumat mengenai akan bila WEBE mula menawarkan perkhimatan mereka ini ke pasaran namun ianya mungkin mengambil masa beberapa bulan lagi.

webe-03 webe-04

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.