Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia X Premium dilaporkan akan hadir dengan skrin paparan HDR

xperia-x-premium-malaysia-1

Pada bulan Februari yang lalu, Sony telah mengumumkan bahawa siri telefon pintar Xperia Z akan dihentikan iaitu sejurus selepas pelancaran telefon pintar siri Xperia X. Dan kini satu lagi model didalam siri Xperia X ini bakal tiba tidak lama lagi.

Model yang kami perkatakan ini adalah Xperia X Premium yang boleh dikategorikan sebagai pengganti kepada Xperia Z Premium yang merupakan telefon pintar didunia untuk hadir dengan skrin paparan 4K.

Jika laporan terbaru ini tepat, Xperia X Premium ini juga akan hadir dengan satu teknologi skrin yang pertama kami digunakan pada telefon pintar.

Sony Xperia X Premium dilaporkan akan menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan skrin paparan HDR dan ianya dikatakan mempunyai kebolehan untuk memaparkan 1.07 bilion warna berbanding 16.8 juta warna pada telefon pintar utama dipasaran.

Selain itu, Xperia X juga akan memiliki skrin paparan yang paling terang pernah digunakan pada telefon pintar. Skrin ini akan mempunyai kecerahan ‘putih’ 1000 nits dan mampu pergi sehingga 1,3000 nits iaitu jauh lebih baik berbanding skrin paparan Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge yang menawarkan 539 nits.

Selain skrin paparan HDR, Sony Xperia X Premium juga dilaporkan akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820, 3GB RAM dan slot USB Type-C.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.