Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Miliki Huawei Mate 8 pada harga lebih rendah dengan program pertukaran – rebat sehingga RM 1,750

 huawei-mate-8-malaysia-vmall

Telefon pintar Huawei Mate 8 telah mula ditawarkan di pasaran Malaysia sejak bulan Mac yang lalu dengan harga penjualan RM 2,099 (3GB RAM/32GB ROM) dan RM 2,399(4GB RAM/64GB ROM).

Huawei Mobile Malaysia  telah mengumumkan bahawa mereka kini menawarkan program pertukaran telefon pintar jenama lain untuk memiliki Huawei Mate 8 pada harga yang lebih berpatutan dengan rebat sehingga RM 1,750.

Program pertukaran ini akan berlangsung dari 8 April 2016 sehingga 30 Jun 2016 dan Huawei akan menerima hampir kesemua model telefon pintar termasuk jenama Huawei untuk pembelian Mate 8 ini.

Antara jenama yang boleh ditukarkan melalui program ini adalah Apple, Samsung, Sony, HTC and Lenovo namun bagi nilai telefon pintar mengikut model boleh anda rujuk dikedai rasmi Huawei di seluruh negara.

Untuk melayakkan peranti anda menyertai program pertukaran ini, anda harus membawa telefon pintar anda ke kedai rasmi Huawei . Telefon pintar ini mesti berada didalam keadaaan yang baik dan memenui kriteria seperti dibawah

  • Peranti boleh dikuasakan dan ditutup
  • Nombor IMEI boleh dilihat
  • Peranti mesti tidak berkunci
  • Skrin paparan mesti berfungsi dan tiada sebarang retakan
  • Tiada sebarang kerosakan yang jelas

Nilai peranti yang ditukar yang ditetapkan adalah berdasarkan penilaian oleh kaki tangan Huawei di kaunter pertukaran. Pelanggan harus menambah perbezaan nilai untuk anda memiliki Huawei Mate 8.

Selain itu, Huawei juga akan menawarkan tambahan RM 100 bagi anda yang membeli Huawei Mate 8 versi ‘standard’ yang ditawarkan pada harga RM 2,099.

Program pertukaran Huawei Mate 8 ini ditawarkan untuk kedua-dua versi namun hanya dikedai-kedai Huawei yang terpilih. Untuk senarai kedai yang menawarkan program pertukaran ini anda boleh lihat di SINI.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.