Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge warna ’emas pink’ dilancarkan

706_pink

Samsung kini secara rasminya telah melancarkan telefon pintar utama mereka yang terbaru iaitu Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge didalam satu lagi warna baru iaitu warna merah jambu emas (pink gold). Warna baru ini telah dilancarkan di pasaran Korea Selatan dan ianya akan turut ditawarkan dipasaran utama dunia tidak lama lagi.

Samsung berkata warna merah jambu emas ianya merupakan warna yang secara semulajadi menawarkan perasaan yang selesa iaitu seperti warna lain yang ditawarkan bagi Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge

Dengan pelancaran warna baru ini, Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge kini ditawarkan didalam 5 warna iaitu hitam onyx , emas platinum , putih perak dan merah jambu emas.

Warna baru merah jambu emas ini dijangka akan turut memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi namun hanya bagi model Galaxy S7 Edge kerana Galaxy S7 tidak ditawarkan di sini.

Harga penjualan bagi Samsung Galaxy S7 Edge warna merah jambu emas dijangka sama seperti harga bagi warna lain iaitu RM 3,099.

Galaxy S7 Edge hadir dengan skrin paparan Super AMOLED QHD berukuran 5.5-inci, pemproses Exynos 8890 , 4GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, dari segi reka bentuk Samsung Galaxy S7 Edge hadir dengan reka bentuk panel hadapan gelas 2.5D manakala bahagian belakang hadir dengan lengkungan yang sama seperti pada Galaxy Note 5.

Samsung Galaxy S7 Edge hadir dengan kamera 12MP dan adalah tidak tepat jika anda bandingkanya dengan kamera 16MP yang dimiliki oleh S6. Kamera ini hadir dengan aperture f/1.7 dan teknologi Dual Pixel yang mampu membolehkan pengguna mengambil gambar yang lebih berkualiti walaupun pada keadaan cahaya yang rendah.

Kamera S7 Edge ini juga hadir dengan fokus automatik yang pantas dan Smart OIS. Kamera selfie yang dimiliki oleh model ini adalah 5MP dengan aperture f/1.7.

Samsung Galaxy S7 Edge hadir dengan bateri berkapasiti 3,600mAh dan ianya hadir dengan sokongan pengecasan pantas (WPC dan PMA).

Ciri-ciri lain yang dimiliki S7 Edge adalah Dual-band Wi-Fi ac, MIMO, Bluetooth v.4.2, ANT+, pensijilan kalis air dan habuk IP68 , USB 2.0, NFC dan MST ( untuk sokongan sistem pembayaran).

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.