Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Digi kini menawarkan pakej mengstrim video tanpa had – hanya RM1/jam

Photo 2(2)

Digi kini secara rasminya telah melancarkan Digi Video Freedom Pass yang membolehkan anda menonton atau mengstrim video dari beberapa aplikasi popular tanpa menggunakan kuota internet anda.

Dengan bayaran serendah RM 1, anda boleh menikmati kandungan video dari YouTube, iflix, Astro on the Go, Viu, tonton, Dailymotion dan HyppTV.

Seperti pas Digi Music Freedom, anda perlu membeli pelan ini melalui aplikasi MyDigi yang ditawarkan kepada pengguna Android dan iOS.

Photo 1(5)

Dengan bayaran RM 1 anda akan mendapat akses selama satu jam kepada semua aplikasi yang disenaraikan di atas dengan kuota maksima yang ditawarkan adalah 3GB.

Selain itu, Digi turut menawarkan pelan harian bagi Digi Music Freedom ini dan ianya akan dicas hanya RM 5 sehari dengan kuota pengunaan 10GB.

Pelanggan Digi yang berminat untuk melanggan pelan ini boleh berbuat demikian mulai hari ini dan anda tidak perlu risau lagi mengenai status kuota internet bulanan anda kerana dengan pelan Digi Video Freedom ini anda boleh menikmati kandungan video tanpa menolak sebarang kuota internet bulanan anda.

Digi juga telah mengesahkan bahawa mereka akan menambah lebih banyak laman sesawang yang menyokong pengstriman video dibawah pelan Video Freedom ini.

Muat turun aplikasi MyDigi bagi Android di SINI

Muat turun aplikasi MyDigi bagi Apple iOS di SINI

maklumat lanjut di http://digi.my/videofreedom ( halaman ini masih belum diaktifkan)

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.