Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

telefon pintar Zuk Z2 Pro dijangka akan dilancarkan bulan ini

 

zuk

Ketua pegawai eksekutif Zuk, Chang Cheng baru-baru ini telah memuaturun satu gambar ‘teaser’ telefon pintar Zuk yang baru dan gambar ini memaparkan satu gambar berwarna hitam yang dilihat hadir dengan gelas melengkung 2.5D manakala pada bahagian belakang terdapat satu gelung aluminium yang menempatkan kamera, flash LED dwi-tona dan modul pemfokusan laser.

Bersama-sama gambar ini juga disertakan satu pernyataan ‘Tremble xx5, x9, xxx6’. Walaupun Zuk tidak menyatakan apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan ini, Zuk dilihat cuba menyampaikan bahawa telefon pintar terbaru Zuk ini akan hadir sebagai pencabar hebat kepada Xiaomi Mi 5 , Huawei P9 dan Meizu Pro 6.

Seperti yang didedahkan sebelum ini, Zuk akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka pada 21 April ini dan ianya mungkinn adalah Zuk Z2 Pro yang akan menjadi telefon pintar utama syarikat ini bagi 2016.

Dari pangkalan data AnTuTu, Zuk Z2 Pro yang mempunyai kodnama Z2121 dilihat akan hadir dengan skrin paparan 1080p, pemproses Qualcomm Snapdragon 820 , dua kapasiti RAM iaitu 3GB atau 4GB dan 32GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Zuk Z2 Pro juga akan memiliki kamera utama 13MP, kamera selfie 8MP danhadir dengan Android 6.0.1 Marshmallow.

Dengan pelancaran rasmi hanya berbaki 5 hari sahaja lagi, kita tidak perlu menunggu lama untuk mengetahui segala-gala maklumat mengenai telefon pintar terbaru Zuk ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.