Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kerajanaa lancar Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap – 30Mbps dengan data tanpa had pada harga RM 69 sebulan

Selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk menurunkan kos sara hidup, Menteri Komunikasi dan Digital telah mengumumkan penawaran Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Fixed Internet Broadband) yang disasarkan kepada golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas dengan harga lebih rendah.

Pakej jalur lebar ini menawarkan kelajuan sehingga 30 Mbps bersama data tapa had (unlimited data) pada harga hanya RM69.00 sebulan dan akan mula ditawarkan pada bulan Mac 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan.

Harga pakej yang ditawarkan ini adalah 22% lebih murah berbanding harga pakej semasa dengan spesifikasi yang sama iaitu sekitar RM89.00 bermakna rakyat dapat menikmati penjimatan sebanyak RM 20 sebulan.

Selain itu, pakej ini adalah dengan kerjasama daripada syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap iaitu Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, TIME Berhad dan Astro.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.