Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Meizu M3 Note dilancarkan secara rasmi – harga yang lebih murah

meizu m3 note malaysia

Meizu secara rasminya telah melancarkan Meizu M3 Note dan ianya hadir dengan reka bentuk berasaskan aluminium siri 6000.

Selain itu Meizu M3 Note ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci yang dilapisi gelas 2.5D, pemproses Helio P10, GPU Mali T860 , dua kapasiti RAM dan memori simpanan dalaman iaitu 2GB/16GB dan 3GB/32GB ( versi ini menggunakan cip memori eMMC 5.1)

Selain itu, pada bahagian kamera pula, Meizu M3 Note ini hadir dengan kamera yang mempunyai resolusi yang sama seperti M2 Note iaitu kamera utama 13MP dengan PDAF manakala kamera selfie adalah 5MP.

Meizu M3 Note juga hadir dengan sokongan SIM hibrid ( dua kad SIM atau satu SIM + satu MicroSD) dan ianya hadir dengan sokongan bagi kesemua rangkaian telekomunikasi di China ( 4G LTE dan VoLTE).

Selain itu, M3 Note ini juga memiliki bateri berkapasiti 4,100mAh , sensor capjari mTouch 2.1 pada butang ‘Home’.

Meizu M3 Note ini hadir dengan harga penjualan CNY 799 (RM 483) bagi versi 2GB/16GB manakala versi 3GB/32GB akan ditawarkan pada harga CNY 999.

M3 Note ini akan mula dijual di China pada 11 April ini dan ianya hadir didalam tiga warna iaitu kelabu, perak dan emas.

Meizu M3 Note ini mungkin memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi namun persoalan besar adalah samada dibawa masuk secara rasmi atau tidak sahaja.

sumber

phone-gray_059adc3 phone-silver_ef71c09 phone-gold_18b4f79

p2_1_da7dff9 p2_2_ae57c66

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.