Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPad Pro 9.7-inci dilancarkan secara rasmi

apple-ipad-pro-9-7-inch-malaysia

Selain Apple iPhone SE , Apple turut mengumumkan satu lagi model tablet iPad Pro yang hadir dengan skrin paparan 9.7-inci.

Apple iPad Pro ini hadir dengan spesifikasi dalaman yang hampir sama seperti iPad Pro 12.9-inci iaitu pemproses Apple A9X, 4GB RAM dan 4 pembesar suara stereo.

Skrin paparan Apple iPad Pro ini adalah skrin teknologi True-Tone dengan resolusi 2048 x 2732 piksel dan dengan kemaskini Apple iOS 9.3 yang baru, ianya turut hadir dengan ciri Night Shift. Apakah itu Night Shift? Anda boleh baca di SINI

iPad Pro yang baru ini memiliki kamera yang lebih baik berbanding iPad Pro 12.9-inci iaitu kamera utama 12MP manakala kamera selfie 5MP yang turut hadir dengan Retina Flash.

Apple iPad Pro 9.7-inci ini hadir didalam 4 warna iaitu kelabu, perak, emas dan emas ros

Apple iPad Pro hadir didalam versi Wi-Fi sahaja dan dengan tiga jenis kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 32GB, 128GB dan buat pertama kali hadir didalam kapasiti 256GB. Harga penjualan iPad Pro ini bermula dari $599 (RM 2,393), $749 (RM 2,992) dan $899 (RM 3,591).

Tempahan akan dibuka mulai 24 Mac ini dengan penjualan rasmi bermula pada 31 Mac 2016.

Apple iPad Pro 9.7-inci ini juga mampu menyokong pengunaan stylus Apple Pencil yang dilancarkan bersama-sama Apple iPad Pro 12.9-inci.

apple-ipad-pro-9-7-inch-malaysia-2

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.