Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Doogee memperkenalkan tiga telefon pintar terbaru di Malaysia

image

Doogee Malaysia secara rasminya telah melancarkan beberapa siri telefon pintar mereka ke pasaran tempatan.

Doogee yang kini mempunyai hampir 500 wakil pengedar sah di Malaysia menyasarkan untuk mempunyai 1,000 wakil pengedar sah di sini.

Doogee hari ini telah memperkenalkan tiga model telefon pintar didalam beberapa siri yang menyasarkan golongan pengguna yang berbeza.

Tiga telefon pintar Doogee yang dilancarkan hari ini adalah Doogee T6 , Doogee Y200 dan telefon pintar utama syarikat ini iaitu Dooge F7 Pro.

Dooge T6 adalah telefon pintar kelas pertengahan yang hadir dengan skrin paparan HD 5.5-inci, pemproses Quad Core MediaTek , GPU Mali-T720 , 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Doogee T6 ini juga hadir dengan kamera utama 13MP dan akan ditawarkan secara eksklusif melalui Gemfive didalam dua warna iaitu hitam dan putih dengan harga penjualan RM 599.

Beralih kepada Doogee Y200, telefon pintar ini hadir dengans skrin paparan HD 720p berukuran 5.5-inci, pemproses Quad Core juga daripada MediaTek , 2GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Selain itu, Doogee Y200 ini juga hadir dengan kamera utama 13MP dan sensor capjari pada butang home yang turut mempunyai fungsi lain ( mampu membuka telefon pintar didalam masa 0.15 saat).

Doogee Y200 ini akan turut dibuka untuk pembelian secara eksklusif di Gemfive dengan harga penjualan RM 699 ( warna hitam dan putih).

Akhir sekali, model utama Doogee iaitu F7 Pro yang merupakan telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan pemproses deca-core Helio X20.

Doogee F7 Pro ini hadir dengan reka bentuk premium yang berasaskan gelas 2.5D dan besi dan syarikat ini mendakwa, F7 Pro merupakan telefon pintar paling premium pernah dibuat.

Doogee F7 Pro hadir dengan skrin paparan IGZO berukuran 5.7-inci, 4GB RAM ,32GB memori simpanan dalaman dan sensor capjari ( dibahagian belakang) yang mampu membaca capjari didalam masa 0.1 saat.

Selain itu, Doogee F7 Pro juga hadir dengan kamera utama 21MP IMX 230 yang mampu menawarkan kualiti gambar yang sangat baik dan beresolusi tinggi.

Doogee F7 Pro juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh , sokongan pengecasan pantas dan slot USB Type-C.

Doogee F7 Pro akan mula memasuki pasaran pada suku ke-2 2016 namun harga penjualan masih belum diumumkan ( harga mungkin diumumkan pada bulan Mei).

selain itu, Doogee turut melancarkan jam pintar S1 ( memasuki pasaran pada suku kedua dengan harga penjualan RM 599) dan projektor mini Smart Cube P1 ( mula memasuki pasaran pada suku ketiga 2016 dengan harga penjualan RM 999).

Doogee T6

image image

Doogee Y200

image image

Doogee F7 Pro

image image image image

Jam pintar S1

image

Doogee Smart Cube P1

image image image

dapatkan Doogee melalui Gemfive sekarang

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.