Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A9 Pro dilancarkan secara rasmi

samsung galaxy a9 pro malaysia

Selepas banyak kali diperkatakan Samsung telah melancarkan satu lagi model telefon pintar didalam siri Galaxy A iaitu Galaxy A9 Pro (2016).

Seperti model siri Galaxy A (2016), Galaxy A9 Pro telah dilancarkan di pasaran China terlebih dahulu sebelum ke pasaran lain.

Samsung Galaxy A9 Pro adalah versi Galaxy A9 yang dinaik taraf dan ianya hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 6.0-inci dan pemproses Qualcomm Snapdragon 652.

Selain itu, Samsung Galaxy A9 Pro menjadi telefon pintar pertama didalam siri Galaxy A untuk hadir dengan 4GB RAM dan ianya turut dilengkapi dengan 32GB memori simpanan dalaman dan kamera utama 16MP.

Selain itu, Samsung Galaxy A9 Pro juga hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dan turut menawarkan sokongan pengecasan pantas.

Samsung Galaxy A9 Pro juga hadir dengan UI TouchWiz yang berasaskan sistem operasi Android 6.1 Marshmallow.

Samsung Galaxy A9 Pro ini ditawarkan pada harga CNY 3,499 (RM 2,118) dan buat masa ini tiada sebarang maklumat akan bila ianya mula memasuki pasaran antarabangsa.

selain Galaxy A9 dan Galaxy A9 Pro yang baru dilancarkan ini, kesemua model Galaxy A (2016) yang lain iaitu Galaxy A3 (2016) , Galaxy A5(2016) dan Galaxy A7 (2016) telah mula ditawarkan di Malaysia sejak awal tahun ini. maklumat harga dan spesifikasi keluarga Galaxy A (2016) boleh anda ketahui di SINI

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.