Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 5 Pro akan mula dijual pada 6 April

xiaomi-mi-5-pro-malaysia

Xiaomi Mi 5 telah dilancarkan secara rasmi di Mobile World Congress ( MWC) di Barcelona awal bulan ini dan ianya meruapakn telefon pintar pertama Xiaomi untuk dilancarkan di pentas antarabangsa ini.

Pada majlis pelancaran ini, Xiaomi memperkenalkan Mi 5 dan Mi 5 Pro namun sehingga kini hanya Mi 5 didalam kapasiti 3GB/32GB dan 3GB/64GB telah mula dijual di pasaran.

Bagi mereka yang menanti versi Pro yang memiliki 4GB RAM danĀ  128GB memori simpanan dalaman, ianya akan mula ditawarkan di pasaran China mulai 6 April ini dan ianya secara kebetulan merupakan hari yang sama Huawei akan melancarkan P9 dan Meizu akan melacarkan m3 Note.

Bercakap mengenai penjualan di pasaran antarabangsa, Naib Presiden Xiaomi, Hugo Barra telah memberikan kita pengesahan bahawa model Xiaomi Mi 5 dan Mi 5 Pro ini hanya akan ditawarkan di pasaran sediada Xiaomi dengan penawaran bagi pasaran luar China mungkin bermula bulan hadapan.

Xiaomi Mi 5 dan Mi 5 Pro dijangka akan memasuki pasaran tempatan sekitar bulan Mei atau Jun 2016 namun jika anda tidak boleh menunggu sehingga penjualan rasmi, anda boleh membeli versi import Xiaomi Mi 5 ini melalui SatuGadget ataupun Lazada.

Selain itu, Xiaomi Redmi Note 3 juga akan memasuki pasaran Malaysia dengan harga penjualan akan diumumkan esok. Baca Unboxing Xiaomi Redmi Note 3 eksklusif kami di SINI.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.