harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Reka Bentuk Huawei P9 didedahkan lagi – dilancarkan 6 April ini

s_8a229e4236a74bc9a8602d2d48061860

Telefon pintar utama Huawei bagi tahun ini iaitu P9 telah disahkan akan dilancarkan pada 6 April ini dan nampaknya reka bentuk telefon pintar ini telah pun tersebar di laman sesawang yang memberikan kita visual jelas  Huawei P9.

Berdasarkan gambar ini, Huawei P9 dilihat akan hadir dengan reka bentuk yang kompak dan mempunyai sedikit DNA daripada Huawei Mate 8 dan Mate S ( reka bentuk dan sensor capjari pada bahagian belakang).

Gambar terbaru ini juga tidak jauh berbeza apabila dibandingkan dengan gambar-gambar awal Huawei P9 yang dilaporkan sebelum ini.

honor20Pro_malaysia_mobilefokus

Huawei P9 telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi pada 6 April ini iaitu pada hari sama yang Meizu memperkenalkan m3 Note dan juga merupakan hari pertama penjualan Xiaomi Mi 5 Pro di China.

Huawei P9 dilaporkan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci, pemproses Kirin 950 , kamera berkembar 12MP dengan sokongan OIS dan pemfokusan laser , kamera selfie 5MP , 3GB RAM , 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Selain itu, Huawei juga dijangka akan memperkenalkan beberapa lagi versi P9 dan ianya mungkin mempunyai nama Huawei P9 Max  dan Huawei P9 Lite.

Huawei P9 bersama-sama ‘adik-beradiknya’ dijangka akan memasuki pasaran Malaysia sekitar bulan Jun 2016 iaitu satu tahun selepas Huawei P8 memasuki pasaran tempatan.

sumber

s_e670566044294affa83daa143013b869 s_5f2e5cbba6d04fe986f23f5573d49567 s_ae34f078a0334875a58e162846d8cc1c s_85e7c16df55b4747a9fbb52d0d921357 s_e4395e2f015a4f7a9a4a836de4e9309b

harimaubet