Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

[MWC 2016] Xiaomi Mi 5 dilancarkan secara rasmi

xiaomi mi 5-1

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan generasi terbaru telefon pintar utama mereka iaitu Mi 5 dan merupakan telefon pintar daripada Xiaomi yang dilancarkan di pentas global MWC.

Xiaomi Mi 5 adalah telefon pintar utama yang boleh dikatakan mampu bersaing dengan model seperti Samsung Galaxy S7 dan LG G5 yang turut dilancarkan di MWC.

Bercakap mengenai reka bentuk, Xiaomi Mi 5 hadir dengan reka panel belakang yang melengkung dan ianya di inspirasikan dari Xiaomi Mi Note yang memang menjadi kegemaran pengguna.

Xiaomi Mi 5 hadir dengan skrin paparan IPS 1080p berukuran 5.15-inci dan hampir tidak mempunyai bezel pada sisi skirn. Skrin paparan ini juga hadir dengan teknologi Sunlight Display yang telah dinaik taraf.

Selain itu, Xiaomi Mi 5 juga hadir dengan sensor capjari dan ini menjadikanya peranti pertama Xiaomi untuk memiliki sensor capjari ini.

Xiaomi Mi 5 hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820, dua pilihan RAM dan memori simpanan dalaman iaitu 3GB/32GB dan 3GB/64GB manakala model Xiaomi Mi 5 Pro akan hadir dengan 4GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Xiaomi Mi 5 hadir dengan ukuran dimensi 69.20 x 144.55 x 7.25mm dengan berat 129gram walaupun hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh. Selain itu, versi Mi 5 Pro pula akan hadir dengan panel belakang seramik.

Xiaomi Mi 5 juga hadir dengan banyak teknologi perhubungan yang terkini seperti 4G+, 4G Advance yang mampu menawarkan kelajuan LTE Cat.12 (600Mbps) , VoLTE dan NFC yang lebih maju.

Xiaomi Mi 5 hadir dengan kamera utama 16MP yang mempunyai aperture f/2.0 dan optik pengstabilan imej 4-paksi, kamera ini adalah unit kamera IMX298 yang dibekalkan oleh Sony yang turut hadir dengan pemfokusan PDAF (phase-detection autofocus) dan mampu merakam video 4K.

Kamera hadapan yang dimiliki oleh Xiaomi Mi 5 ini adalah kamera UltraPixel 4MP yang diambil dari Mi Not

Dari segi perisian, Xiaomi Mi 5 hadir dengan MIUI 7 yang kini berasaskan dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Harga Penjualan Xiaomi Mi 5 adalah seperti berikut :

Mi 5 3GB RAM/32GB ROM : CNY 1,999 (RM 1,289) 

Mi 5 3GB RAM/64GB ROM : 2,299 (RM 1,482)

Mi 5 Pro 4GB RAM /128GB ROM : CNY 2,699 (RM 1,740).

xiaomi mi 5-3 xiaomi mi 5-2 xiaomi mi 5-1 xiaomi mi 5-5 xiaomi mi 5-4 xiaomi mi 5-6 xiaomi mi 5-7 xiaomi mi 5-8 mi 5 price

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.