Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC One M10 disahkan akan hadir dengan teknologi kamera terbaik didunia

HTC One M10 disahkan akan hadir dengan teknologi kamera terbaik didunia 1

htc one m10 camera

Telefon pintar utama HTC bagi tahun ini iaitu One M10 telah hangat diperkatakan sejak beberapa minggu ini.

Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, HTC telah mengeluarkan beberapa ‘teaser’ mengenai One M10 ini.

Gambar ‘teaser’ terbaru yang dikeluarkan oleh HTC mengenai One M10 dilihat memberikan kita idea akan unit kamera yang dimiliki oleh telefon pintar ini.

HTC M10 yang hadir dengan tema ‘power of 10’ nampaknya akan hadir dengan teknologi kamera yang pertama kali digunakan pada telefon pintar dan ini akan memberikan HTC M10 unit kamera kelas dunia.

HTC telah memuaturun gambar ini di akaun twitter mereka dan ianya disertakan dengan “World First, World Class, Front and Back. You’ll see”.

Dengan ini, kita mungkin akan menyaksikan HTC menawarkan One M10 dengan teknologi kamera yang terbaik di industri pada bahagian belakang dan hadapan.

Lain-lain spesifikasi HTC One M10 yang boleh kami kongsikan adalah skrin paparan QHD AMOLED berukuran 5.1-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 820, 4GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman , slot USB-Type C , kamera UltraPixel 12MP yang turut dilengkapi dengan optik pengstabilan imej, flash led dwi-tona dan pemfokusan laser.

HTC One M10 ini juga dijangka akan hadir dengan UI HTC Sense 8 yang berasaskan Android 6.0.1 Marshmallow dan berdasarkan gambar ini kita boleh mengatakan bahawa permukaan hadapan akan juga hadir dengan sensor capjari dan tiada lagi logo jenama HTC di hadapan.

HTC One M10 ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada bulan April 2016 dan ini menjadikan HTC sebagai syarikat pengeluar telefon pintar terakhir untuk mengeluarkan generasi baru telefon pintar utama mereka tahun ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.