Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple Store terbesar didunia bakal di buka di China pada 19 Mac ini

worlds biggest apple store olympia 66-1

Gelaran Apple Store terbesar didunia sentiasa bertukar tangan namun kini negara yang mempunyai populasi terbesar didunia akan menjadi pemilik baru gelaran ini.

Negara yang kami maksudkan adalah China dan Apple Store ini akan dibuka di kompleks membeli belah yang mempunyai reka bentuk yang moden dan elegan.

Kompleks membeli belah Olympia 66 ini mempunyai 8 tingkat perniagaan dan terletak di 66 Wusi Lin iaitu di daerah Xigang, Dalian, China.

worlds biggest apple store olympia 66

Kompleks membeli belah Olympia 66 ini telah dibuka pada bulan Disember yang lalu dan telah memenangi beberapa anugerah berprestij seperti Arkitekur beli belah terbaik di Asia Pasifik.

Dalian merupakan lokasi yang sangat sempurna bagi Apple kerana bandar ini terkenal dengan makanan yang baik selain lokasi beli belah mewah. Selain itu, Dalian juga merupakan tumpuan pelancong dari Jepun, Korea dan juga pelancong tempatan.

Apple mempunyai sasaran untuk membuka 40 Apple Store di China menjelang penghujung tahun ini dan kini hampir 1/3 daripada kedai Apple Store ini telah dibuka.

Majlis pembukaan rasmi bagi Apple Store terbesar didunia ini akan diadakan pada 19 Mac ini (10 pagi waktu tempatan).

Langkah membuka stor rasmi Apple ini adalah sesuatu yang diduga memandangkan Tim Cook telah berkata bahawa pasaran China akan menjadi pasaran utama Apple pada masa hadapan.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.