Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC Desire 728 Dwi-SIM kini ditawarkan oleh SatuGadget

0003389_htc-desire-728-dual-sim-original-htc-malaysia-set

SatuGadget kini secara rasminya menawarkan HTC Desire 728 Dual SIM di pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 899 termasuk GST.

HTC Desire 728 Dual SIM ini telah dilancarkan secara rasmi pada bulan November tahun lalu iaitu hampir 4 bulan lalu.

HTC Desire 728 Dual SIM yang ditawarkan SatuGadget ini adalah versi rasmi pasaran tempatan dan ianya hadir dengan jaminan 12 bulan daripada HTC Malaysia.

Beli HTC Desire 728 Dual SIM di SINI

HTC Desire 728 Dual SIM ini hadir dengan skrin paparan Super LCD2 720p berukuran 5.5-inci ( 267ppi), pemproses octa-core Mediatek MT6753 berkelajuan 1.3Ghz, 2GB RAM , 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2800mAh.

Beli HTC Desire 728 Dual SIM di SINI

Bercakap mengenai kamera, HTC Desire 728 Dual SIM ini mempunyai kamera utama 13MP dengan aperture f/2.2 yang mempunyai lampu flash LED, pemfokusan auto dan sokongan rakaman video 1080p. kamera selfie HTC Desire 728 Dual SIM ini adalah 5MP dengan aperture f/2.8.

Selain itu, HTC Desire 728 ini hadir dengan sokongan dwi-SIM (Nano SIMx2), slot microSD (menyokong sehingga 200GB), pembesar suara stereo , Wi-Fi 802.11 b/g/n dan Android 5.1.1 (Lollipop).

HTC Desire 728 Dual SIM yang ditawarkan oleh SatuGadget ini hadir didalam dua pilihan warna iaitu warna hitam dan warna putih.

Beli HTC Desire 728 Dual SIM di SINI

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.