Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Majlis Pelancaran Apple iPhone 5se akan diadakan 21 Mac ini

apple launch

Apple secara rasminya telah mengesahkan bahawa produk terbaru mereka bagi tahun ini akan dilancarkan pada 21 Mac ini.

Pada majlis pelancaran ini, Apple dijangka akan melancarkan telefon pintar mini Apple iPhone yang dijangka mempunyai skrin paparan 4.0-inci dan Apple iPad Pro 9.7-inci

Apple iPhone 5se dilihat akan hadir dengan ukuran dimensi yang sama seperti Apple iPhone 5s namun dengan reka bentuk seperti iPhone 6s. Apple iPhone 5se ini dilaporkan akan hadir didalam dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 64GB.

Antara ciri yang dimiliki oleh Apple iPhone 5se ini adalah pemproses Apple A9, sokongan pengambilan gambar Live Photo , Apple Pay dan kamera yang lebih baik berbanding 5s.

Bercakap mengenai tablet Apple iaitu iPad Air 9.7-inci ,ianya dilhat akan mewarisi sedikit ciri daripada iPad Pro seperti pembesar suara di 4 bahagian dan port ‘ Smart Connector’. Selain itu, iPad Air 9.7-inci juga mungkin menjadi tablet iPad pertama untuk hadir dengan lampu flash LED.

Apple dikatakan telah membuat keputusan untuk menghentikan pengunaan nama iPad Air dan akan menyertakan nama iPad Air Pro pada tablet ini.

Selain kedua-dua peranti ini, Apple juga dijangka akan memperkenalkan beberapa versi baru jam pintar Apple Watch ( bukan generasi baru).

kita hanya perlu menunggu 10 hari sahaja lagi sebelum majlis pelancaran Apple ini berlangsung!

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.